Genshin Impact catat lebih 17 juta muat turun selepas empat hari di peranti pintar

Permainan pengembaraan aksi, Genshin Impact mencatatkan lebih 17 juta muat turun di seluruh dunia, selepas empat hari dilancarkan di peranti pintar (iOS dan Android).

Angka mengejutkan itu adalah dari data yang dikeluarkan oleh App Annie yang dikongsikan melalui ciapan di Twitter.

Genshin Impact bukan saja dilancarkan di peranti pintar tapi juga di PS4 dan PC pada 28 September. Ia dibangunkan oleh pembangun dari China, MiHoYo.

Bagi yang tak pernah bermain, permainan dengan grafik seakan anime ini membawa pemain meneroka dunia terbuka Genshin Impact untuk mencari adik beradik karakter anda yang hilang. Ia mempunyai persamaan seakan Breath of The Wild.

Anda boleh cipta party sehingga empat karakter yang boleh ditukar dan diubah pada bila-bila masa. Ia juga mempunyai sistem progression tersendiri dan menyokong fungsi rentas platform untuk co-op.

Permainan ini juga popular dalam kalangan streamers di Twitch, Facebook dan Youtube.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+