PC Gamer."> PC Gamer." /> PC Gamer." />

Genshin Impact telah berjaya mengaut lebih daripada RM413 juta

Genshin Impact baru sahaja dilancarkan dua minggu lepas dan kini ia telahpun menjana pendatapan lebih daripada AS$100 juta (RM413 juta), menurut laporan daripada PC Gamer.

Daniel Ahmad, Penganalisa Pasaran Permainan Video di Niko Partners, menyatakan bahawa permainan ini sangat popular di negara-negara seperti Jepun, China, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat.

Beliau juga mengukuhkan lagi kenyataan  ini dengan menyatakan bahawa ia adalah pelancaran permainan video yang paling berjaya daripada China. Permainan ini dibangunkan oleh miHoYo yang berpusat di Shanghai.

PC Gamer juga melaporkan bahawa pembangunan Genshin Impact menelan kos sekitar AS$100 juta. Ini bermaksud kemungkinan besar permainan ini sudah memulangkan modal yang digunakan.

Berita ini tidak mengejutkan penulis kerana Genshin Impact sememangnya sebuah permainan yang hebat. Ia boleh dimain secara percuma tetapi mempunyai ciri-ciri setanding permainan berharga penuh.

Jika anda masih belum mencuba permainan ini, mari baca artikel kami yang menerangkan tentang 5 aspek hebat Genshin Impact.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+