Gods & Monsters Adalah Game Pengembaraan Mitologi Greek Ala Breath of The Wild

Ubisoft mengumumkan game terbaru Gods & Monsters semasa persidangan E3 2019 pada awal pagi tadi.

Daripada pembangun Assassin’s Creed Odyssey, game ini memaparkan kisah mitologi Greek dalam perspektif yang lebih mesra pengguna dan mudah difahami untuk semua lapisan masyarakat.

Menurut ketua pembangun Gods & Monsters, Jonathan Dumont, game ini adalah hasil diinspirasikan oleh Assassin’s Creed Odyssey yang penuh dengan mitologi dan sejarah Greek purba secara mendalam.

Dumont memberitahu kepada VentureBeat, “Korang akan bermain sebagai hero Greek berani bernama Phoenix dan tugas korang adalah untuk membantu orang Olympia untuk menyelamatkan Island of the Blessed.

“Untuk buat demikian, korang harus menyelusuri Underworld dan mengalahkan Typhon dan konco-konconya.”

Gods & Monsters mempunyai elemen role-playing game (RPG) mudah dan teka-teki dalam bentuk persekitaran game dengan hasil seni seakan The Legend of Zelda: Breath of The Wild.

Gods & Monsters bakal hadir pada 25 Februari 2020 di PC, PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan Google Stadia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+