Goosebumps: Dead of Night diumumkan untuk PC, PS4, Nintendo Switch, dan Xbox One

Goosebumps merupakan siri buku seram kanak-kanak yang sangat popular. Sebuah permainan video yang dibangunkan berdasarkan siri buku tersebut telah diumumkan baru-baru ini.

Goosebumps: Dead of Night sedang dibangunkan oleh Cosmic Force dan akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One pada musim panas tahun ini (penghujung Jun sehingga penghujung September).

Judul ini merupakan versi baharu permainan video mudah alih Goosebumps: Night of Scares yang juga dibangunkan oleh Cosmic Forces. Versi ini akan mengandungi permainan baharu, raksasa baharu, dan juga penambahbaikkan grafik.

Sumber: IGN

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+