Steam. Ia boleh dibeli di platform tersebut pada harga RM51 dan fungsi permainan multi-pemain juga boleh diakses."> Steam. Ia boleh dibeli di platform tersebut pada harga RM51 dan fungsi permainan multi-pemain juga boleh diakses." /> Steam. Ia boleh dibeli di platform tersebut pada harga RM51 dan fungsi permainan multi-pemain juga boleh diakses." />

Grounded dilancarkan secara early access di Steam dan Xbox Game Pass

Permainan video survival Grounded telah dilancarkan secara early access di Steam. Ia boleh dibeli di platform tersebut pada harga RM51 dan fungsi permainan multi-pemain juga boleh diakses.

Dalam judul ini, anda bermain sebagai salah seorang kanak-kanak yang telah dikecilkan sehingga menjadi sebesar serangga. Ia mempunyai premis yang lebih kurang sama dengan filem Honey, I Shrunk the Kids.

Anda boleh bermain secara solo dan juga secara multi-pemain dengan tiga orang rakan-rakan. Misi anda adalah untuk kekal hidup dalam persekitaran merbahaya iaitu di halaman belakang rumah anda dan juga mengembara di lokasi tersebut.

Versi early access juga dilancarkan di Microsoft Store pada harga RM116 dan pelanggan Xbox Game Pass Ultimate pula akan menerimanya secara percuma.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+