GSA Bootcamp 2017

Bootcamp “Garena Student Allience (GSA)” telah diadakan pada 29 dan 30 Julai 2017 yang lalu direka untuk pelajar peringkat tinggi mengenai pendedahan di dalam strategi “eSports” dan pentadbiran kejohanan dari ahli jemputan yang berpengalaman dan peluang untuk beramah mesra.

Hari Pertama: Perancangan Acara dan Pemasaran

Hari pertama program menyaksikan pelajar diberi penerangan ringkas menegenai visual didalam kejohanan eSports. Dalam kejohana seperti ini, perancangan dan pemasaran acara adalah elemen yang paling penting.

Garena Malaysia, Yasmin ‘GM MakyWaky’ Liyana menekankan pentingnya menyenaraikan semua idea dan membuat pengubahsuaian sebelum meneruskan rancangan. Dari perspektif pemasaran, semua bergantung kepada “tahu kehendak penonton anda” dan penghasilan kreatif yang baik boleh menarik perhatian mereka.

Program ini kemudian di lanjutkan dengan aktiviti berkumpulan dan perbincangan mengenai sejarah “Riot Game” yang diketuai oleh Mark “Riot Wesrbourne” Sargeant dari Garena. Menjaga kandungan yang asli melalui sesi perbincangan kreatif berkumpulan menjadi asas utama kolaborasi ini.

Hari Kedua: Selamat Datang ke Kejuaran GSA

Hari kedua telah memberi kejutan lebih besar buat semua peserta: Kejohanan GSA buat pertama kali. Kejohanan eSports kebangsaan untuk universiti-universiti di Malaysia, Kejohanan GSA akan menampilkan hadiah terkumpul lebih daripada RM60,000 termasuk biasiswa. Dengan kata lain, gabungan permainan dan pendidikan pada skala yang lebih besar.

Kelab-kelab eSports GSA akan terlibat secara langsung dalam proses pentadbiran bersama Garena Malaysia yang merangkumi format, syarta dan peraturan perlawanan dan pelaksanaan pasukan bertugas secara keseluruhan.

Mula bersama Pakatan Pelajar Garena hari ini di gsa.garena.com

Sumber: Garena Malaysia

TAGS

RELATED NEWS

+