GSC Cyber Games: Peringkat Akhir

Empat pasukan telah berjaya di dalam peringkat pra-kelayakan untuk bertanding di peringkat kebangsaan, mengalahkan 188 pasukan yang lain.

Empat pasukan tersebut adalah “Fight Until The End” (Bahagian Utara), “Orang RF.Hoyyosh” (Bahagian Pantai Timur), “eMaster_A (Bahagian Tengah) dan “RF.OneMoreStep (Bahagian Tengah).

Perhatian diberikan kepada “RF.OneMoreStep” dimana Ryan “NiamaGa1” Kan yang telah memenangi dua kategori dalam masa dua minggu di dalam pertandingan “Selangor Cyber Game” yang telah berlangsung pada minggu lepas. Walaubagaimana pun, pasukan mereka telah berlawan dengan pasukan kuda hitam “Figth Until The End” pada pusingan pertama, kalah 1-2.

Pertandingan pusingan pertama adalah antara “eMaster_A” dan “Orange RF.Hoyyosh”. Ramai yang menjangkakan perlawanan yang sengit, dengan pengalaman pemain diperingkat antarabangsa dari kumpulan “eMaster_A” yang menggabungkan bakat baru yang menarik dari kumpulan “Gresca dan Kucaijr” yang mempunyai pengalaman di dalam RSxHanzo, yang merupakan pemain peringkat kebangsaan yang paling dihormati bersama “eMasterVin”.

Walaubagaimanapun, “eMaster_A” menang mudah berdepan “Orange.RF Hoyyosh, 2-0 dan mengahantar mereka ke tangga terbawah untuk bertanding bersama rakan klan, “RF.OneMoreStep”. Pertarungan antara rakan klan tentunya tidak mengecewakan apabila semua tiga perlawanan terbukti sebagai serangan balas hebat dimana para pemain seperti sudah memahami permainan pesaing mereka.

Walaubagaimanapun, hanya satu pasukan akan dinobatkan sebagai pemenang, iaitu “RF.OneMoreStep” menang seri, 2-1. Sementara itu di peringkat separuh akhir, “eMaster_A” kelihatan membuktikan kepada penonton bahawa mereka boleh bertahan lama apabila mereka berjaya mengalahkan “Fight Until The End”, 2-1 dan dengan ini meletakkan mereka dalam kedudukan yang selesa sebagai finalis.

Manakala, “Fight Until The End” harus mengulangi keputusan pusingan pertama mereka bersama “RF.OneMoreStep” untuk memaksa pertandingan ulang semula. Walaubagaimanapun, “RF.OneMoreStep” mempunyai perancangan lain setelah mengalahkan “Fight Until The End”, 2-1 dan sekali lagi dengan “Shaw7” telah membuktikan mereka boleh mengekalkan kemenangan.

Dengan ini, keputusan rasmi menunjukkan 2 wakil dari bahagian tengah layak mewakili ke peringkat serantau. P

ada perlawanan akhir antara “eMasterArroyos” dan “Shaw7” menyaksikan keputusan seri 1-1, maka tendangan penalti jadi penentu dan membawa tuah buat “Shaw7” sebagai pemenang dan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000.00. “RF.OneMoreStep” terpaksa mengambil jalan jauh untuk menang perlawanan ini bermula dari kumpulan kalah kepada memenangi perlawanan ini.

Ryan “NiamaGa1″Kan membawa pulang kemenangan kedua buat dirinya dengan cek bernilai RM10,000.00. Akhir sekali ribuan terima kasih kepada GSC di atas initiatif mereka menganjurkan perlawanan ini, Acer Predator yang menaja peralatan, Logitech kerana menjadi penaja bersama dan Wetix yang menaja tiket perlawanan!

Sumber: Garena Malaysia

TAGS

RELATED NEWS

+