Halo 2: Anniversary akan dilancarkan di PC pada 12 Mei 2020 dalam Halo: The Master Chief Collection

Koleksi permainan video siri Halo untuk PC, Halo: The Master Chief Collection, dilancarkan pada tahun lepas. Judul-judul Halo dalam koleksi tersebut diperkenalkan satu persatu dan pada minggu depan, satu lagi permainan bakal ditambahkan.

Halo 2: Anniversary akan dimasukkan ke Halo: The Master Chief Collection di Steam pada 12 Mei 2020. Versi ini akan mengandungi kedua-dua versi asal Halo 2 dan juga versi remastered. Para pemain boleh tukar antara kedua-duanya semasa bermain judul tersebut.

Mod multi-pemain juga akan diperkenalkan bersama tujuh peta multi-pemain versi remastered. Mod single player akan mempunyai 15 misi untuk dilengkapkan.

Pada waktu ini, Halo: The Master Chief Collection di PC hanya mempunyai dua judul iaitu Halo: Reach dan Halo: Combat Evolved Anniversary.

Sumber: Xbox Game Studios

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+