Halo 3 akan tiba di PC pada 14 Julai

Sudah hampir 13 tahun berlalu sejak pelancaran Halo 3 di konsol Xbox 360 dan kita masih belum menerima judul tersebut di PC. Akhirnya, perkara tersebut bakal berubah pada minggu depan.

343 Industries telah mengumumkan bahawa Halo 3 akan tiba di PC pada 14 Julai ini sebagai judul baharu dalam Halo: The Master Chief Collection. Koleksi tersebut kini dijual pada harga RM65 di Steam.

Halo 3 sering dinobatkan sebagai salah satu permainan video first-person shooter (FPS) terhebat yang pernah dilancarkan. Bagi pemain PC yang sudah lama menunggu ketibaan judul ini, inilah masanya untuk anda tamatkan perjuangan Master Chief.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+