Halo 3: ODST akan tiba di PC pada 22 September

Permainan Halo terbaru yang akan dimasukkan dalam Halo: The Master Chief Collection di PC ialah Halo 3: ODST. Ia akan dilancarkan pada 22 September ini.

Sama seperti permainan Halo lain yang telah diperkenalkan dalam koleksi tersebut, pemilik koleksi akan menerima Halo 3: ODST secara percuma.

Dalam permainan ini, pemain akan bermain sebagai anggota pasukan Orbital Drop Shock Troopers (ODST) dan perlu menyelamatkan rakan pasukan yang kehilangan semasa serangan makhluk asing di New Mombasa.

Dari segi garis masa siri Halo, permainan ini berlangsung semasa dan selepas Halo 2. Oleh itu, ia juga boleh dianggap sebagai prekuel kepada Halo 3.

Sebelum ini, Halo 3: ODST merupakan permainan eksklusif di konsol Xbox 360 (2009) dan Xbox One (2015). Anda boleh membeli Halo: The Master Chief Collection di Steam pada harga RM65.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+