Halo: Combat Evolved Anniversary Dilancarkan Di Steam

Siri permainan video Halo sangat terkenal dalam kalangan pemain PC dan Xbox. Pada penghujung tahun lepas, koleksi Halo: The Master Chief Collection (MCC) dilancarkan untuk PC melalui Steam.

Judul kedua dalam MCC iaitu Halo: Combat Evolved Anniversary baru sahaja dilancarkan pada hari ini di Steam. Ia merupakan buatan semula (remake) Halo: Combat Evolved yang asalnya dilancarkan untuk konsol Xbox pada tahun 2001.

Ini adalah kali pertama permainan video ini dilancarkan di PC. Sebelum ini, Halo: Combat Evolved Anniversary hanya dilancarkan untuk Xbox 360 pada tahun 2011 dan untuk Xbox One pula pada tahun 2014.

Halo: Combat Evolved merupakan judul pertama dalam siri Halo. Ia sering dinobatkan sebagai salah satu permainan video first-person shooter yang paling berpengaruh dalam sejarah industri permainan video.

Versi Anniversary ini mengandungi jalan cerita yang sama seperti versi yang asal. Ciri-ciri yang terdapat dalam versi ni adalah:

  • Penambahbaikan kualiti grafik
  • Kesan bunyi dan audio yang dikemaskini
  • Paparan bernisbah widescreen (16:9)

Antara elemen yang membuatkan Halo: Combat Evolved sangat diminati semasa ia pertama dilancarkan adalah mod multi-pemainnya. Mod tersebut tetap boleh dimain di versi Steam.

Setakat ini, hanya dua judul Halo yang boleh dimain dalam MCC. Secara keseluruhannya, MCC mengandungi enam judul Halo. Judul pertama yang dilancarkan ialah Halo: Reach.

Empat lagi judul yang belum dilancarkan adalah Halo 2: Anniversary, Halo 3, Halo 3: ODST, dan Halo 4.

Untuk mendapatkan Halo: Combat Evolved Anniversary, anda perlu membeli Halo: The Master Chief Collection yang dijual pada harga RM65 di Steam.

Sumber: Steam

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+