Harapan baru bekas pemain RRQ Athena

Pemain-pemain RRQ Athena dilepaskan dari skuad itu tak lama dulu selepas PMGC tamat. Berikutan itu, mereka kini mewakili organisasi e-sukan Bacon Time.

Earnny, D2E, Beer11 dan Senior masing-masing menjadi pemain tetap skuad baru tersebut. Bacon juga umum pemain kelima iaitu Ices.

Sementara itu, Mickie akan menjadi jurulatih diikuti Mice sebagai penganalisa.

Nampaknya selepas ini, Bacon Time akan menunjukkan saingan sengit dalam arena profesional PUBG Mobile peringkat Asia Tenggara. Kehadiran mereka pastinya disegani biarpun hadir dengan pasukan baru.

Keserasian yang dimiliki mereka akan membuatkan mereka boleh mencabar pasukan-pasukan lain. Sementara itu, RRQ Athena kini mempunyai baki seorang pemain iaitu G9 dan beliau pastinya akan disertai pemain-pemain baru akan diumumkan kelak.

RELATED NEWS

+