Harvest Moon: Light of Hope Akan Hadir Ke Konsol Pada Mei Ini

Harvest Moon: Light of Hope akan hadir ke PlayStation 4 dan Nintendo Switch pada Mei 2018 ini, lapor Natsume.

Tambahan, Rising Star Games akan bertindak sebagai publisher di Eropah, Australia dan Timur Tengah.

Ia sudah diterbitkan di Steam pada November lalu dan boleh didapatkan dengan harga RM51. Klik SINI untuk versi PC.

Permainan video ini memperkenalkan corak permainan berkisarkan kehidupan; pertanian, membela haiwan ternakan, mencari makanan dan perlombongan. Terdapat juga sistem perkahwinan dan festival.

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+