Hitman 2 Akan Hadir Pada 13 November Ini Di PS4, Xbox One Dan PC

Siri Hitman seterusnya dah diumumkan! Hitman 2 akan dikeluarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 13 November 2018.

Ia akan dijual bermula dengan harga USD59.99 untuk edisi biasa, USD79.99 untuk Edisi Silver dan USD99.99 untuk Edisi Gold.

Hitman 2 akan membintangi Ejen 47 yang memburu Shadow Client. Sepanjang perjalanannya, dia akan singgah di enam lokasi seperti Miami dan melawan minion dihantar Shadow Client sambil belajar mengenal dirinya yang sebenar. Permainan ini akan menampilkan mod Sniper Assassin yang boleh dimainkan berseorangan atau secara co-op dengan pemain lain.

Dua bonus pra-tempah disediakan. Kami masih belum pasti jika pasaran Asia mendapat bonus sama. Tapi di sini dinyatakan pengguna akkan dapat Hitman: Sniper Assassin apabila membuat pra-tempah mana-mana versi. Kalau pra-tempah Hitman 2 Edisi Gold, mereka dapat bermain game itu lebih awal iaitu pada 9 November, 2018.

Edisi Silver dan Gold mempunyai beberapa add-ons termasuk misi baru, lokasi baru, outfit baru dan macam-macam lagi.

Ini trailer Hitman 2 untuk tatapan korang:

Sumber: Siliconera

TAGS

RELATED NEWS

+