Horizon: Zero Dawn Akan Dilancarkan Di PC

Sony nampaknya akan melancarkan Horizon: Zero Dawn ke PC pada tahun ini.

Dari laporan Kotaku, Sony akan menjual permainan video tersebut di Steam dan juga Epic Games Store. Buat sementara ini, masih tiada info kalau Sony akan memasukkan DLC Frozen Wilds. Lebih menarik bagi pengguna PC, permainan ini boleh dimainkan pada frame rate lebih tinggi dari 30FPS yang dikenakan pada PS4.

Selain Horizon, Death Stranding juga dilaporkan akan berada di PC pada musim panas ini.

Permainan video eksklusif di Sony PlayStation 4 ini sudah memenangi beberapa anugerah dan terjual lebih 10 juta unit pada Februari tahun lepas, sejak dikeluarkan pada 28 Februari 2017.

Ia mengikuti perjalanan protagonis, Aloy dan kembaranya yang membabitkan teknik perlawanan memfokuskan pada busur dan panah.

(Sumber: Engadget)

RELATED NEWS

+