versi PC Horizon Zero Dawn adalah benar. Guerrilla Games telah mengumumkan bahawa Horizon Zero Dawn Complete Edition akan dilancarkan di PC tidak lama lagi."> versi PC Horizon Zero Dawn adalah benar. Guerrilla Games telah mengumumkan bahawa Horizon Zero Dawn Complete Edition akan dilancarkan di PC tidak lama lagi." /> versi PC Horizon Zero Dawn adalah benar. Guerrilla Games telah mengumumkan bahawa Horizon Zero Dawn Complete Edition akan dilancarkan di PC tidak lama lagi." />

Horizon Zero Dawn Complete Edition akan tiba di PC pada 7 Ogos

Nampaknya semua ura-ura mengenai versi PC Horizon Zero Dawn adalah benar. Guerrilla Games telah mengumumkan bahawa Horizon Zero Dawn Complete Edition akan dilancarkan di PC tidak lama lagi.

Sebuah trailer pengumuman untuk judul tersebut telah dimuat naik oleh Guerrilla Games. Judul ini akan dilancarkan di Steam dan Epic Games Store pada 7 Ogos tahun ini. Anda boleh pra-tempah judul ini di Steam pada harga RM80.

Seperti yang dijangkakan, versi PC ini mempunyai pelbagai penambahbaikan grafik seperti kadar bingkai yang tidak terkunci pada 30FPS, sokongan skrin ultra-luas, pantulan yang ditambah baik, dan juga alat penanda aras (benchmark).

Sama seperti Horizon Zero Dawn Complete Edition yang dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) pada tahun 2017, versi PC ini akan mengandungi kandungan lebihan yang berikut:

  • Pengembangan Frozen Wilds
  • Carja Storm Ranger Outfit dan Carja Mighty Bow
  • Pek Carja Trader
  • Banuk Trailblazer Outfit dan Banuk Culling Bow
  • Pek Banuk Traveller
  • Pek Nora Keeper

Pelancaran permainan video eksklusif PS4 seperti Horizon Zero Dawn dan Death Stranding merupakan sesuatu yang patut diteruskan agar lebih ramai pemain PC dapat menikmati permainan video hebat yang dilancarkan di konsol PlayStation.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+