Horizon Zero Dawn Terjual 7.6 Juta Unit – Satu Rekod Baru Untuk PS4

Siapa tak kenal Horizon Zero Dawn, game paling dinantikan pada tahun lepas. Berita baiknya, game yang diterajui karakter perempuan badass bernama Aloy itu kini mencatatkan jualan sebanyak 7.6 juta.

Rekod itu juga meletakkan Horizon sebagai francais game yang paling mendapat sambutan ketika pelancarannya. RPG itu terjual lebih 2.6 juta pada 2 minggu pertama dan 3.4 juta pada Jun 2017 (ia dilancarkan pada 28 Februari). 915,000 daripada jumlah itu adalah digital tapi masih tiada update untuk jualan bentuk fizikal.

Guerrilla Games juga memberikan Horizon Zero Dawn PS4 Avatar untuk karakter di dalamnya termasuk Aloy. Tema PS4 yang termasukan fan-made Photo Mode juga disediakan percuma. Ia boleh didapatkan bermula hari ini.

Expansion, Frozen Wilds dilancarkan pada November 2017. Ia termasuk dalam pakej Horizon Zero Dawn Complete Edition.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+