HyperScape akan dilancarkan di PC, PS4, dan Xbox One pada 11 Ogos

Ubisoft telah mengumumkan bahawa permainan video battle royale baharu mereka HyperScape akan dilancarkan pada 11 Ogos ini. Ia akan dilancarkan secara percuma di PC, PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One.

Sebelum ini, Ubisoft telah mengadakan beta terbuka untuk HyperScape di PC dan ia baru sahaja berakhir pada 2 Ogos. Tak lama lagi, para pemain PC, PS4, dan Xbox One akan dapat menikmati musim pertama judul ini secara rasmi.

Adakah HyperScape akan menjadi pesaing yang hebat untuk permainan video battle royale lain yang sudah menjadi kegilaan ramai seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), Fornite, dan Apex Legends? Kita tunggu dan lihat.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyperScape dan musim pertamanya, anda boleh melayari laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+