tiada wakil Pro Evolution Soccer (PES) di Kejohanan Dunia IeSF Seoul 2019 yang berlangsung baru-baru ini, Timbalan Presiden Esports Malaysia (ESM), Afiq Fadhli Narawi berkata pendaftaran sudah pun ditutup ketika menghubungi IeSF."> tiada wakil Pro Evolution Soccer (PES) di Kejohanan Dunia IeSF Seoul 2019 yang berlangsung baru-baru ini, Timbalan Presiden Esports Malaysia (ESM), Afiq Fadhli Narawi berkata pendaftaran sudah pun ditutup ketika menghubungi IeSF." /> tiada wakil Pro Evolution Soccer (PES) di Kejohanan Dunia IeSF Seoul 2019 yang berlangsung baru-baru ini, Timbalan Presiden Esports Malaysia (ESM), Afiq Fadhli Narawi berkata pendaftaran sudah pun ditutup ketika menghubungi IeSF." />

IeSF: “Pendaftaran Sudah Pun Ditutup,” – Afiq (ESM)

Berhubung isu tiada wakil Pro Evolution Soccer (PES) di Kejohanan Dunia IeSF Seoul 2019 yang berlangsung baru-baru ini, Timbalan Presiden Esports Malaysia (ESM), Afiq Fadhli Narawi berkata pendaftaran sudah pun ditutup ketika menghubungi IeSF.

“ESM pernah mengadakan perbincangan awal bersama wakil komuniti PES20 (WEPES) untuk berkolaborasi dalam proses pemilihan dan penghantaran atlet ke Kejohanan Dunia IeSF pada bulan November yang lepas.

“Setelah kertas cadangan diterima daripada WEPES, pihak ESM membuat perbincangan bersama KBS untuk proses permohonan dana bagi pemilihan dan penghantaran atlet namun tarikh pemohonan terlalu singkat.

“Kami juga ada menghubungi pihak IeSF namun tarikh pendaftaran ke kejohanan tersebut telah pun tutup. ESM berusaha untuk berunding bersama pihak IeSF, namun gagal,” kata Afiq.

Menurut Afiq, pihaknya memohon maaf atas kesulitan timbul.

“Seharapnya kita dapat menyertai kejohanan ini dalam keadaan lebih bersedia pada tahun depan serta berpeluang mengecapi kejayaan seperti di temasya Sukan SEA 2019, Manila, Filipina baru-baru ini,” katanya.

Sebelum ini, WEPES terkilan kerana tiada wakil negara yang dihantar ke Kejohanan Dunia IeSF memandangkan permainan video eFootball PES 2020 pertama kali dipertandingkan.

Malaysia juga tidak pernah terlepas menghantar nama atau wakil sejak 2016.

Kejohanan Dunia IeSF mula dianjurkan pada 2008 dan mereka bekerjasama dengan banyak organisasi dan penganjur bagi menyatukan komuniti e-sukan di bawah satu bidang kuasa, seterusnya menjadikan ia seperti satu landasan sukan sebenar. 

Bagi edisi ke-11 ini, eFootball PES 2020, Tekken 7 dan Dota 2 adalah acara rasmi yang dipertandingkan.

(Foto: SESA)

RELATED NEWS

+