Ikuti Grand Final Moh Skor & Sertai Pelbagai Aktiviti Menarik Di Asia Comic Con Pada 13 Hingga 15 Julai Ini!

Mana peminat anime, mana peminat Esports, mana dia peminat cosplay dekat sini? Korang free tak hujung minggu ni? Haa jangan lupa untuk hadir beramai-ramai ke Asia Comic Con! 

Bermula daripada Thailand, Asia Comic Con kini melebarkan sayap mereka ke Asia Tenggara dan kita bertuah kerana dipilih sebagai lokasi pertama! Pada 13 hingga 15 Julai ini (Jumaat hingga Ahad) jam 10 pagi hingga 7 petang, korang boleh enjoy pelbagai aktiviti dan saksikan pasukan kegemaran korang bertanding dalam Grand Final Moh Skor!

Apa itu Moh Skor? Nama macam lain sikit je..

Untuk pengetahuan korang, Moh Skor adalah kejohanan Esports anjuran Media Prima dengan kerjasama Asia Comic Con, Moonton, KITAMEN dan Garena. Ia diadakan sempena demam World Cup yang kini sedang hangat menuju ke final!

Sebanyak tiga judul Esports dipertandingkan iaitu FIFA Online 3, FIFA 18 dan Mobile Legends! Kini, semua pemenang pusingan kelayakan dah diumumkan dan mereka bakal berentap minggu ini untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul RM50,000!

Pertandingan FIFA Online 3 mengumpulkan RM30,000 prizepool!

Pertandingan Mobile Legends mengumpulkan RM10,000 prizepool!

Pertandingan FIFA 18 mengumpulkan RM10,000 prizepool!

Tapi kan.. macam mana nak tengok mereka beraksi ni? Kena bayar ke macam mana? Haa korang boleh dapatkan tiket dalam talian di SINI. Tiket pun tak ada lah mahal mana, RM30 (sehari) hingga RM50 (tiga hari). Alang-alang nak support team kegemaran korang, kami cadangkan pergi untuk tiga hari!

Bagi merancakkan lagi kejohanan ini, Moh Skor ditaja oleh Acer Predator dan juga Boost!

Apa je lagi selain pertandingan Esports ni ya?

Macam kami mention tadi, bukan saja pertandingan Esports tapi banyak lagi aktiviti lain yang menarik antaranya:

  • Meet & Greet dengan penyanyi legendary ani-song Nobuo Yamada dan Chie Nakamaru. Cosplayer Aza Miyuko dan Pion Kim.
  • Persembahan dari girl group Siam Dream, Sweat 16 dan Higashi Kitty Band.
  • Lawati booth Transformers, XM Studio, Satra 9, Magic: The Gathering, D&D, Warhammer dan macam-macam lagi.
  • Showcase permainan Indie dan penstriman game eksklusif untuk kategori PC dan konsol daripada IGN.
  • Model life-size untuk Dark Knight Tumbler, Batmobile, Batpod dan Magneto Chair.
  • Pertandingan cosplay dan banyak lagi!

RELATED NEWS

+