Incredibles 2: Jom Kenali Kesemua Kuasa Jack-Jack

The Incredibles 2 mengimbau nostalgia apabila keluarga Mr. Incredibles kini kembali menemui peminat selepas 14 tahun!

Apa yang berubah? Mesti korang dah ramai-ramai pergi serbu panggung wayang kan? Selain plot dan fokus kepada character development yang lebih mendalam, pengenalan kepada adi wira lain di seluruh dunia, The Incredibles 2 juga membuat kejutan dengan kehadiran Jack-Jack, kali ini lebih terperinci dengan kuasa bayi ini ditunjukkan.

Berapa banyak kuasa Jack-Jack dalam filem ini? Jom baca artikel di bawah!

SPOILER: TERUSKAN MEMBACA KALAU KORANG DAH TENGOK FILEM INI!

1. Mata Laser

Seperti juga Superman, Jack-Jack sebenarnya mempunyai mata dengan keupayaan menembak laser.. tapi ia berwarna hijau! Kelakarnya, Jack-Jack juga boleh ‘dikawal’ oleh adik beradiknya untuk dijadikan pistol laser!

2. Kuasa Elektrik

Semestinya, Jack-Jack juga berupaya membuatkan badannya mengalirkan arus elektrik. Kuasa ini nampak menakutkan tapi hanya ditunjukkan dalam satu babak saja!

3. Api, Api Macam Human Torch!

Okay tu dah macam melampau sangat. Jack-Jack yang masih bayi juga punya kuasa ‘badan’ berapi, bermakna dia boleh membakar apa saja yang dipegang tapi tak perlu lah risau, kuasa ini tak sesekali membahayakan dirinya sendiri.

4. Melawan Graviti

Kuasa ini pertama kalinya diperkenalkan pada 2005 iaitu ketika animasi pendek berjudul Jack-Jack Attack diterbitkan. Jack-Jack tak peduli dengan konsep graviti lantas membolehkan dirinya duduk di atas siling.

5. Terapung

Juga dalam animasi pendek ini, bayi ajaib ini boleh terapung tapi bagaimanapun tak boleh tentukan arah mana dia akan pergi.

6. Merentas Dimensi

Ini antara kuasa paling istimewa dan paling badass bagi Jack-Jack. Dia boleh hilang sekelip mata dan muncul dalam dimensi lain. Lebih menakutkan, korang boleh dengar gelak tawanya tapi tak nampak dekat mana lokasi sebenarnya. 

Nasib baik, dia akan kembali kalau ada biskut. Apa pun, pasti lebih menarik kalau dimensi ini suatu hari diteroka oleh keluarga The Incredibles sendiri.

7. Raksasa.. bertukar!

Tak mustahil lagi.. kecil-kecil nampak aje macam baik tapi jangan salah anggap! Dalam beberapa babak, Jack-Jack boleh bertukar menjadi versi raksasa apabila dia tengah marah. Dengan kuasa ini, dia juga boleh berlawan dengan adi wira yang jauh lebih berusia dan besar daripadanya.

8. Kage Bunshin No Jutsu 

Okay-okay ni bukanlah Naruto tapi Jack-Jack ada kuasa macamtu! Dia boleh menjelmakan dirinya dengan lebih banyak dan dalam filem itu, tidak terkira berapa jelmaan yang boleh dilakukan. Tapi masih menjadi tanda tanya jika jelmaannya mempunyai kuasa sama atau sekadar ‘gangguan’ saja.

9. Melepasi Objek Keras

Jack-Jack bukan saja boleh merentas dimensi tapi juga melepasi apa saja objek di depannya termasuk dinding, tingkap dan sebagainya. 

10. Teleportasi

Kalau korang rasa tu dah cukup, tunggu dulu! Jack-Jack juga mempunyai kuasa teleportasi, menjelmakan diri secepat kilat di mana-mana lokasi. Hebat kan?

11. Menjadi logam

Dalam filem sekuel ini, tidak ditunjukkan kuasa ini. Tapi dalam filem pertama, Jack-Jack bertukar menjadi Logam apabila diculik Syndrome sekali gus memberatkan dirinya apabila dipegang antagonis itu.

12. Vibrasi luar biasa

Apabila kuasa logam tak berjaya, badan Jack-Jack boleh vibrasi begitu kuat untuk melepaskan diri daripada genggaman Syndrome.

13. Jadi gergasi

Jack-Jack juga berupaya menjadi lebih besar seakan bigfoot dan menakutkan adi wira lain yang berani mendekatinya.

14. Shapeshifting

Selain kuasa-kuasa serangan yang hebat, Jack-Jack berupaya menukar dirinya kepada bentuk lawan, ataupun sesiapa saja. Ketika berjumpa Edna, Jack-Jack terus menyerupakan dirinya kepada Edna.

15. Kebal

Kuasa ini tak diperincikan tapi boleh saksikan apabila selesai melawan raccoon yang mempunyai kuku tajam, Jack-Jack tidak luka ataupun mengalami sebarang kecederaan pun.

16. Telekinesis

Kuasa lain yang tak difokuskan sangat ialah telekinesis. Cuba korang fikir, macam mana Jack-Jack boleh mengalihkan goggle daripada mata Elastigirl?

17. Terbang

Jack-Jack juga mampu terbang tapi bukan seperti Superman! Bermula daripada bersin, dia terus terbang laju ke langit seperti roket. Tapi tak ditunjukkan di sini kalau Jack-Jack mungkin boleh terbang seperti normal apabila dia mula dewasa nanti.

18. Bertukar menjadi blob

Walaupun tak berapa berguna, kuasa ini menunjukkan satu kelebihan Jack-Jack kepada musuhnya terutamanya kepada raccoon yang berlawan dengannya.

Nota editor: Kuasa Jack-Jack ini menunjukkan karakternya sangat penting dalam pembentukan The Incredibles 3 yang mungkin akan disambung kerana kejayaan sekuel ini. Tapi masih menjadi tanda tanya bagaimana dia mendapat kuasa-kuasa hebat ini: Kalau nak kata kacukan superhero, Dash dan Violet hanya mempunyai satu jenis kuasa.

Mungkin pengarah, Brad Bird akan menerbitkan filem spin-off bagi Jack-Jack saja. Mesti layan!

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+