"> " /> " />

Ini sebab kenapa Orange Louvre Esports tidak bertanding di kejohanan dunia, M2

Pasukan Mobile Legends negara, Orange Louvre Esports (OLE) terlepas peluang untuk menghadiri kejohanan dunia, M2.

Berita itu diumumkan semalam dalam satu video rasmi oleh pembangun, Moonton. Ini menunjukkan hanya satu pasukan wakil Malaysia iaitu Todak.

Dalam satu kenyataan di FB, Orange Esports menjawab persoalan tersebut. Katanya, pandemik COVID-19 membuatkan penganjur terpaksa menghadkan jumlah pasukan bertanding.

“Kami berharap dapat memulakan tahun 2021 dengan jayanya menerusi pengumuman kami akan bertanding di kejohanan dunia, M2.

“Namun, disebabkan sekatan dan prosedur keselamatan COVID-19, Singapura menyatakan kepada Moonton untuk mengurangkan pasukan bertanding dari 16 ke 12 dan ini membuatkan kami tidak dapat bertanding.

“Kami sudah cuba kemukakan rayuan tapi harus menghormati keputusan penganjur yang tidak membenarkan.

“Dari pihak pemain dan pengurusan, kami ingin meminta maaf kepada peminat kerana sokongan berterusan sepanjang musim ini,” tulis kenyataan itu.

OLE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Todak untuk mewakili Malaysia di kejohanan tersebut.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: Orange Esports

RELATED NEWS

+