Ini senarai kesemua pemenang dan pecahan prize pool bagi MPL MY/SG musim kelima

Grand Final Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima baru saja berakhir sebentar tadi menyaksikan pasukan Singapura, Resurgence muncul juara selepas menewaskan Geek Fam dengan skor akhir 3-1.

Ini adalah pecahan prizepool mengikut ranking kemenangan:

 

Juara: Resurgence – (RM107,437)

 

Naib juara: Geek Fam – (RM51,570)

 

Tempat ketiga: Orange Esports Reborn – (RM21,487)

 

Tempat keempat: EVOS SG – (RM12,892)

 

Tempat kelima/keenam: Team Bosskurr – (RM6,446)

 

Tempat kelima/keenam: Todak – (RM6,446)

 

Tempat ketujuh/kelapan: Team SMG – (RM4,297)

 

Tempat ketujuh/kelapan: Axis Esports – (RM4,297)

Playoffs bagi MPL MY/SG Musim Kelima bermula Jumaat hingga hari ini yang mana lapan pasukan akan berentap untuk merebut hadiah wang terkumpul RM221,500.

Hanya dua pasukan Singapura layak ke playoffs iatu Resurgence dan EVOS SG manakala NV dan Siren Clan gagal mara.

Sebelum ini, 10 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura bertanding dalam musim liga selama lima minggu bagi merebut ranking teratas.

Ini juga adalah kali pertama playoffs diadakan secara dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

RELATED NEWS

+