Inilah penampilan bekas cakera permainan video PS5

Sony Interactive Entertainment telah mendedahkan penampilan bekas cakera (box art) permainan video PlayStation 5 (PS5) yang akan dilancarkan apabila konsol tersebut tiba pada penghujung tahun ini.

Permainan video yang dijadikan contoh ialah Spider-Man: Miles Morales yang merupakan salah satu judul pelancaran PS5. Sama seperti bekas cakera permainan video PS4, bekas ini juga berwarna biru.

Perbezaan utama bekas cakera PS5 ialah ia menggantikan penanda PS4 yang berwarna biru di bahagian atas dengan penanda PS5 yang berwarna hitam putih. Jelas sekali pemilihan warna sebegini dibuat berdasarkan warna konsol PS5 yang didedahkan pada bulan lepas.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+