Injustice 2 Akan Memperkenalkan Kostum Filem Justice League – Konsol Dan Mobile

Sementara filem Justice League tengah hot di pawagam, korang mesti dah expect beberapa kandungan baru yang akan diumumkan oleh DC.

Tak perlu tunggu lama kerana kostum baru bagi karakter DC favorite korang akan hadir di permainan video Injustice 2.

Korang akan dapat kostum baru bagi karakter Wonder Woman, Aquaman, Cyborg, The Flash dan Batman yang mendapat inspirasi daripada filem Justice League umumnya.

Untuk mendapatkannya, pemain perlu menyelesaikan cabaran Multiverse dalam masa terhad untuk mengumpul kesemua kostum. 

Kandungan ini juga bakal dimuatkan dalam versi konsol dan juga versi mobile.

Injustice 2 turut mempunyai pasukan Ninja, Teenage Mutant Ninja Turtles dan juga Enchantress sebagai add-on terbaru mereka.

RELATED NEWS

+