Injustice 2 Menampilkan Enchantress Dalam Roster Terbaru – Boleh Dibeli Bermula 16 Januari

Enchantress adalah pahlawan seterusnya yang akan hadir di Injustice 2. Korang yang membeli Ultimate Edition, Ultimate Pack dan Fighter Pack 3 boleh mula main villain daripada Suicide Squad ini bermula sekarang dalam fasa early access. Bagi yang lain, korang boleh membeli Enchantress pada 16 Januari.

Untuk pengetahuan semua, NetherRealm Studios dan WB Games bercadang mengeluarkan Teenage Mutant Ninja Turtles – diumumkan pada November bersama Atom dan Enchantress untuk Fighter Pack 3. Bagaimanapun, TMNT mungkin akan hadir pada Februari.

Enchantress pula bukan calang-calang karakter. Movesetnya penuh dengan kuasa projectile berupa counter attack dan kombinasi telekinesis ala-ala Raven + Zatana. Tapi super attacknya sangat hebat dan deadly apabila Deadshot dibelasah dengan rohnya sendiri. 

Wanita badass ini menjadi karakter ke-37 dalam roster Injustice 2. Tak sabar nak pakai!

TAGS

RELATED NEWS

+