Iron Man VR diberi tarikh pelancaran baharu, akan tiba pada awal bulan Julai

Pada awal bulan April, Sony mengumumkan bahawa permainan video Iron Man VR terpaksa ditangguh akibat masalah logistik yang berpunca daripada penularan wabak COVID-19.

Iron Man VR akhirnya telah diberikan tarikh pelancaran baharu dan ia akan dilancarkan untuk PlayStation VR (PS VR) secara eksklusif pada 3 Julai 2020. Anda boleh tonton trailer permainan ini di bawah:

Sony juga memberitahu bahawa mereka akan mengeluarkan lagi berita baharu mengenai judul tersebut dalam masa beberapa minggu yang akan datang.

Sumber: Sony Interactive Entertainment

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+