kontroversi video viral oleh pemain Bigetron Alpha, Jabran Bagus Wiloko atau Branz yang dikenakan tindakan disiplin, nama pemain lain iaitu Rippo, Renbo dan Maxx disebut-sebut sebagai ganti untuk Branz di kejohanan Piala Asia Tenggara MLBB (MSC 2021) nanti."> kontroversi video viral oleh pemain Bigetron Alpha, Jabran Bagus Wiloko atau Branz yang dikenakan tindakan disiplin, nama pemain lain iaitu Rippo, Renbo dan Maxx disebut-sebut sebagai ganti untuk Branz di kejohanan Piala Asia Tenggara MLBB (MSC 2021) nanti." /> kontroversi video viral oleh pemain Bigetron Alpha, Jabran Bagus Wiloko atau Branz yang dikenakan tindakan disiplin, nama pemain lain iaitu Rippo, Renbo dan Maxx disebut-sebut sebagai ganti untuk Branz di kejohanan Piala Asia Tenggara MLBB (MSC 2021) nanti." />

Isu Branz: Nama Rippo, Renbo dan Maxx disebut-sebut sebagai pengganti

Susulan kontroversi video viral oleh pemain Bigetron Alpha, Jabran Bagus Wiloko atau Branz yang dikenakan tindakan disiplin, nama pemain lain iaitu Rippo, Renbo dan Maxx disebut-sebut sebagai ganti untuk Branz di kejohanan Piala Asia Tenggara MLBB (MSC 2021) nanti.

Berdasarkan pemerhatian MyGameOn, komen-komen diletakkan di IG milik @btr_maxx, @btr_rippo dan @btr_renbo menunjukkan ramai yang ingin mereka bertiga menggantikan posisi ini.

Nama Rippo juga ada disebut oleh peminat tapi mungkin mereka hanya bergurau kerana pemain kelahiran Malaysia ini sudah lama bermain offlane.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Muhd Arif (@btr_rippoo)

Post terakhir Maxx pula adalah pada November lalu, namun peminat tetap menghujani ruangan komen tersebut. Ini kerana Maxx pernah menjadi hyper carry untuk BTR Alpha pada musim lalu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by @btr_maxx

Renbo juga ada disebut boleh jadi pengganti kerana beliau pernah bermain hyper carry di pasukan sebelumnya, Victim Esports.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Deven Mark 🇮🇩 (@btr_renbo)

Dalam masa tinggal sebulan lagi sebelum peringkat kumpulan MSC 2021 akan bermula, pastinya Bigetron Alpha mempunyai dua kemungkinan di sini iaitu mencari pemain jungler baru ataupun melatih Maxx dan Renbo dan mungkin pemain lain mengambil alih posisi tersebut.

MSC 2021 akan bermula pada 7 hingga 13 Jun ini mengumpulkan 12 pasukan dari lapan negara Asia Tenggara merebut hadiah terkumpul RM615,000.

RELATED NEWS

+