Isu fail save Cyberpunk 2077 akhirnya diselesaikan dalam kemas kini terbaru

Antara masalah teknikal yang ditemui para pemain Cyberpunk 2077 baru-baru ini ialah fail save akan menjadi rosak apabila melebihi 8MB. Isu ini akhirnya telah diselesaikan melalui hotfix 1.06 yang telah dilancarkan pada hari ini.

Ini merupakan isu yang hanya dilaporkan oleh pemain PC. Untuk pemain konsol, CD Projekt Red menyatakan hotfix 1.06 memperbaiki pengurusan memori dan kestabilan permainan. Ini akan mengurangkan crash untuk berlaku.

Selain daripada dua perkara di atas, perkara ketiga dan terakhir yang diperbaiki dalam hotfix ini ialah memastikan watak Dum Dum tidak akan menghilangkan diri dalam quest Second Conflict.

Anda boleh membaca tentang hotfix 1.06 di laman web rasmi Cyberpunk 2077.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+