Jadi detektif dan selesaikan kes pembunuhan dalam Among You – permainan spin-off Among Us

Among Us adalah permainan fenomena yang memerlukan pemain berganding bahu dan memikir strategi. 

Disebabkan permainan ini begitu popular, ada seorang Youtuber yang cuba menghasilkan Among Us namun versi single-player miliknya yang tersendiri.

Tokaint membangunkan permainan spin-off Among Us di peta berlainan. Berbeza dengan Among Us asal yang memerlukan pemain (kru kapal) menyelesaikan tugasan atau membunuh kru kapal (impostor), Among You menggunakan konsep penyiasatan.

Sebagai seorang pemain, anda akan menjadi detektif untuk menyiasat pembunuhan kru kapal. Cari klu dalam peta ini dan anda akan lalui mayat maka roh mereka akan memberi klu juga.

Lebih menakutkan apabila Impostor masih lagi berlegar-legar di dalam kapal  angkasa dan anda perlu cari kesemua klu dalam penglihatan terhad sebelum Impostor membunuh anda.

Among You nampaknya seperti permainan penyiasatan seram yang membuatkan anda perlu berhati-hati setiap masa.

Bagaimanapun, permainan ini masih dalam fasa pembangunan dan Tokaint masih pertimbangkan untuk lancarkannya di iOS dan Android.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+