Jangs masuk Bigetron Red Aliens sebagai ketua jurulatih

Bekas jurulatih Team Secret, Muhammad Farhan Abdul Gafar atau Jangs kini bersama Bigetron Red Aliens, pasukan juara dunia PUBG Mobile dari Indonesia.

Dalam satu catatan ringkas di Instagram @bigetronesports mengumumkan berita tersebut.

Ini bagi persediaan untuk pasukan tersebut mengharungi Liga Profesional PUBGM di Indonesia (PMPL ID) musim ketiga yang akan berlangsung tak lama lagi.

Bigetron RA kini mengalami perubahan roster yang agak ketara di mana mereka melepaskan Microboy yang ke EVOS. 

Ini adalah lineup penuh Bigetron RA: Zuxxy, Luxxy, Ryzen, Liquid, dan Kingzz.

Sebelum Jangs, Khairunnazri Masli atau Boyka pernah menjadi jurulatih bagi pasukan Indonesia ini.

Ketika bersama Team Secret dahulu, Jangs membantu pasukan itu ke peringkat dunia sebanyak dua kali iaitu di Liga Dunia PUBGM (PMWL) Timur dan Kejohanan Dunia (PMGC) diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

RELATED NEWS

+