Jenama Gaya Hidup Urban, Todak Umum Pasukan Dota 2 Pertama Mereka, Dianggotai Pemain Berpengalaman

Jenama gaya hidup urban, Todak mengumumkan pasukan Dota 2 terbaru mereka yang dianggotai oleh pemain-pemain berpengalaman tanah air. Ini adalah kali pertama Todak mengumumkan pasukan e-sukan di platform PC.

Menurut Todak, sesi pemilihan untuk mencari ahli pasukan Dota 2 ini sudah bermula sejak tahun lepas. Berbekalkan visi dan misi yang sama seperti skuad MLBB mereka, Todak berhasrat pasukan Dota 2 ini dapat meraih gelaran nombor 1 di Malaysia selain mewakili negara di kejohanan dunia.

Mereka juga telah bersiap sedia dengan sesi latihan dan jadual komprehensif untuk mengikuti sebarang pertandingan dalam negara atau menyertai kelayakan Dota Pro Circuit (DPC) Musim 2019-2020.

Todak Dota 2 dianggotai oleh pemain yang tidak asing lagi dalam negara. Jom saksikan profil mereka!

 

1. VexuS

Nama penuh: Mohd Helmy Ibrahim

Peranan: Posisi 4 (support)

 

2. SacRi

Nama penuh: Muhammad Isyraf Lee Irwan Lee

Peranan: Posisi 4/5 (hard support)

 

3. Denise

Nama penuh: Denise Danial Abdullah

Peranan: Posisi 1 (midlaner)

 

4. wew

Nama penuh: Muhammad Syumir Khusaini

Peranan: Posisi 2 (carry)

 

5. enviouS

Nama penuh: Muhammad Nur Alif Alias

Peranan: Posisi 3 (offlaner

 

6. Cyril

Nama penuh: Shukur Syameer Muhamad Noor

Peranan: Posisi 2/4 (pemain simpanan)

Bagi pihak pengurusan, Todak melantik Groov sebagai Pengurus dan Hamzi sebagai Penolong Pengurus

Pastinya Todak akan buat yang terbaik dan menggemparkan arena kompetitif Dota 2 tempatan tak lama lagi. Penulis ingin ucapkan selamat maju jaya kepada mereka!

(Foto: Todak)

TAGS

RELATED NEWS

+