Jilid pertama novel rasmi Death Stranding akan diterbitkan pada 3 November

Titan Books akan menerbitkan siri novel rasmi Death Stranding yang bertajuk Death Stranding: The Official Novelization. Jilid pertama siri novel tersebut akan diterbitkan pada 3 November ini.

Kenji Yano, penulis bersama Death Stranding, merupakan penulis siri novel tersebut. Beliau sering menggunakan nama pena Nojima Hitori dan sebelum ini pernah menjadi penulis novel rasmi Metal Gear Solid: Peace Walker.

Novel ini semestinya menarik minat para pemain Death Stranding kerana jalan cerita permainan video tersebut agak mengelirukan dan mempunyai pelbagai mesej tersirat.

Pada waktu ini, Titan Books tidak menyatakan sama ada siri novel ini akan dikeluarkan di Malaysia atau tidak tetapi penulis yakin ia akan dijual di kedai-kedai buku besar seperti Kinokuniya dan Borders apabila ia dilancarkan kelak.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+