Jom Layan Video Acah Filem Pendek Far Cry 5 – Dipertontonkan Di Amazon Prime

Ubisoft mengacah peminat mengenai pelancaran Far Cry 5 bulan ini dengan filem pendek live-action berjudul Far Cry 5: Inside Eden’s Gate yang akan bersiaran pada hari ini (5 Mac), di Amazon Prime. 

Teaser itu mengisahkan mengenai plot tiga Vlogger yang mengembara ke Barat untuk mengkaji mengenai agenda sebenar kumpulan Eden’s Gate tapi perjalanan mereka bertukar mimpi ngeri apabila kantoi ketika memfilemkan aktiviti kumpulan itu.

Hype ini bukanlah perkara baru kerana sebelum ini Ubisoft melancarkan 90 saat trailer live-action Ghost Recon Wildlands pada tahun lepas dan Asassin’s Creed Origins juga mendapat live-action hype sebelum Oktober lepas. 

Far Cry 5 akan dilancarkan pada 27 March di PlayStation 4, Windows PC dan Xbox One. 

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+