Jom mengganas dengan kostum Godzilla dalam Fall Guys

Bersedia untuk mengganas sebagai Godzilla dalam permainan Fall Guys: Ultimate Knockout. Kostum rasmi raksasa gergasi tersebut baru-baru ini diumumkan oleh MediaTonic. Nampaknya ia merupakan hasil kerjasama antara studio itu bersama syarikat filem Toho.

Kostum Godzilla akan diperkenalkan dalam Fall Guys pada minggu depan. Seperti semua kostum lain dalam Fall Guys, ia dipecahkan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Satu butiran menarik kostum ini ialah ia memegang sebuah kereta berwarna oren di tangan kirinya.

Malangnya, MediaTonic tidak mendedahkan berapa Crowns atau Kudos yang diperlukan untuk membeli kostum ini. Para peminat Godzilla di luar sana dinasihati untuk (cuba) memenangi sebanyak mungkin perlumbaan pada minggu ini agar anda mampu membeli kostum hebat ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+