Jom Sertai Kejohanan Liga Duduk Rumah Call Of Duty Mobile 5V5!

Bosan di rumah dan tak tahu nak buat apa? Jom sertai kejohanan Call of Duty Mobile ini!

Ya, sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga ini, kerajaan negeri Pulau Pinang melalui MMK Belia dan Sukan akan mengadakan kejohanan e-sukan dalam talian kepada belia untuk mengisi lapang. Yang menariknya, penyertaan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia!

Call of Duty Mobile 5v5 ini akan dimainkan dalam mod Search & Destroy, Domination dan Hardpoint dengan hadiah wang tunai terkumpul RM10,000. Ia mempunyai empat peringkat kelayakan dan satu peringkat akhir.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang (PYDC) dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Pulau Pinang dan Blackbox eSports Associate Penang (BEAP) dari 18 April hingga 28 April. Ia mempunyai empat peringkat kelayakan dan satu peringkat akhir (playoff).

YB Chow Kon Yeow selaku Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, e-sukan menjadi salah satu tonggak dalam perkembangan belia di Malaysia.

“Saya yakin liga ini dapat menarik tumpuan belia untuk melibatkan diri dan bersama-sama membangunkan industri ini di Pulau Pinang,” katanya.

“Di sini juga saya menyeru golongan belia selain bermain game, jangan lupa menjalankan sukan fizikal di rumah juga. Kerajaan Pulau Pinang telah menyediakan video untuk cadangan aktiviti fizikal di rumah,” kata YB Tuan Soon Lip Chee, EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

Video tersebut boleh ditonton di SINI.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, anda boleh layari Facebook di pautan INI.

RELATED NEWS

+