Essential Picks yang menawarkan permainan-permainan yang “wajib” dimain oleh setiap pemilik PlayStation 4 (PS4). Jualan ini akan berakhir pada 9 September ini."> Essential Picks yang menawarkan permainan-permainan yang “wajib” dimain oleh setiap pemilik PlayStation 4 (PS4). Jualan ini akan berakhir pada 9 September ini." /> Essential Picks yang menawarkan permainan-permainan yang “wajib” dimain oleh setiap pemilik PlayStation 4 (PS4). Jualan ini akan berakhir pada 9 September ini." />

Jualan Essential Picks PS4: The Witcher 3 GOTY RM60 dan macam-macam lagi!

PlayStation Store Malaysia sedang mengadakan jualan Essential Picks yang menawarkan permainan-permainan yang “wajib” dimain oleh setiap pemilik PlayStation 4 (PS4). Jualan ini akan berakhir pada 9 September ini.

Jualan memang tiba pada masa yang sempurna kerana tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi untuk pelancaran PlayStation 5 (PS5).

Walaupun Sony belum mengumumkan tarikh pelancaran PS5 secara rasmi, ia mesti akan dilancarkan pada tarikh berdekatan pelancaran Xbox Series X. Konsol Microsoft itu akan dilancarkan pada bulan November.

Berikut adalah beberapa permainan yang ditawarkan dalam jualan ini yang (pada pendapat penulis) berbaloi dibeli:

  • Horizon Zero Dawn: Complete Edition – RM35.55
  • Marvel’s Spider-Man Game of the Year Edition – RM84.50
  • The Witcher 3: Wild Hunt – Game of the Year Edition – RM60.00
  • God of War Digital Deluxe Edition – RM58.05
  • Dragon Ball FighterZ – RM47.80
  • Detroit Become Human Digital Deluxe Edition – RM58.05
  • Star Wars Battlefront II: Celebration Edition – RM84.50

Kalau anda baru sahaja membeli konsol PS4 atau akhirnya ada masa untuk main konsol yang telah lama dibeli, penulis syorkan anda untuk membeli sekurang-kurangnya satu permainan untuk mengisi masa lapang.

RELATED NEWS

+