senarai permainan video yang menarik dengan potongan harga pelbagai peratus."> senarai permainan video yang menarik dengan potongan harga pelbagai peratus." /> senarai permainan video yang menarik dengan potongan harga pelbagai peratus." />

Jualan Musim Bunga PlayStation Store Fasa 2 Kini Bermula – Ini 10 Game Best Bawah RM100

Jualan Musim Bunga di PlayStation Store sedang berlangsung untuk konsol PlayStation 4 (PS4). Sebelum ini, jualan tersebut menawarkan senarai permainan video yang menarik dengan potongan harga pelbagai peratus.

Bermula pada 15 April 2020, senarai judul-judul yang ditawarkan telah dikemaskini dan kini terdapat senarai baharu pula. Untuk membantu anda membuat pilihan yang bernas dalam membuat pembelian, kami di MGO menyenaraikan 10 judul yang bagus di bawah harga RM100.

 

1. Battlefield 1

Harga jualan: RM16.80

Harga biasa: RM84.00

Walaupun sudah berusia empat tahun, Battlefield 1 masih kekal sebagai salah satu permainan first-person shooter yang sangat hebat. Ia merupakan simulasi Perang Dunia Pertama yang realistik dan ganas. Populasi dalam talian untuk mod multi-pemain sudah tidak ramai seperti dahulu tetapi untuk harga RM16.80, judul ini tetap berbaloi untuk dicuba.

 

 

2. Titanfall 2

Harga jualan: RM16.80

Harga biasa: RM84.00

Sama seperti Battlefield 1, Titanfall 2 juga sudah berusia empat tahun. Walaubagaimanapun, ia mempunyai cara permainan yang jauh lebih aksi dan pantas berbanding kebanyakan permainan first-person shooter di luar sana. Maklumlah, judul ini merupakan “abang” kepada Apex Legends.

 

3. Bloodborne

Harga jualan: RM37.00

Harga biasa: RM74.00

Jika anda suka main permainan video yang mencabar seperti Dark Souls dan Sekiro: Shadows Die Twice, anda perlu cuba Bloodborne jika belum mencubanya lagi. Pada pendapat penulis, ia merupakan judul terbaik yang pernah dibangunkan oleh From Software. Selain daripada cara permainan yang hebat, ia juga mempunyai jalan cerita berunsurkan Lovecraft yang penuh misteri.

 

 

4. Valkyria Chronicles 4

Harga jualan: RM48.40

Harga biasa: RM242.00

Valkyria Chronicles 4 merupakan judul terbaru dalam siri Valkyria Chronicles. Ia masih menggunakan sistem permainan taktikal seperti tiga judul sebelumnya. Anda tidak perlu main tiga judul pertama tersebut untuk memahami jalan cerita Valkyria Chronicles 4 dan cara permainan taktikalnya boleh dinikmati sesiapa sahaja.

 

 

5. Shadow of the Colossus

Harga jualan: RM49.50

Harga biasa: RM99.00

Judul klasik ini dianggap oleh ramai peminat PlayStation sebagai permainan yang wajib dicuba oleh semua orang. Versi Shadow of the Colossus ini merupakan sebuah remake yang mempunyai kualiti grafik sesuai dengan kebolehan PS4. 

 

 

6. DOOM

Harga jualan: RM53.20

Harga biasa: RM133.00

Jika sebuah album genre death metal dijadikan permainan video, DOOM ialah jawapannya. Anda bermain sebagai Doom Slayer dan anda cuma ada satu misi: pupuskan semua raksasa neraka yang menghalang diri anda.

 

 

7. Kingdom Come: Deliverance

Harga jualan: RM54.61

Harga biasa: RM127.00

Anda pernah teringin menjalani kehidupan sebagai seorang rakyat biasa yang hidup sekitar tahun 1403 di Bohemia? Jika anda menjawab “ya”, Kingdom Come: Deliverance ialah permainan yang sempurna untuk anda. Ia merupakan western RPG yang agak realistik dan mempunyai kandungan yang banyak.

 

 

8. Overcooked 2

Harga jualan: RM63.00

Harga biasa: 105.00

Banyak permainan multi-pemain mampu mengeratkan dan juga merosakkan hubungan antara kawan-kawan dan ahli keluarga. Overcooked 2 merupakan salah satu permainan yang mampu melakukan kedua-duanya. Cuba main untuk ketahuui sama ada anda dan rakan-rakan atau ahli keluarga anda sesuai untuk bekerjasama di dapur yang penuh masalah.

 

 

9. BioShock: The Collection

Harga jualan: RM63.75

Harga biasa: RM255.00

Sama seperti Shadow of the Colossus, Bioshock: The Collection pernah ditawarkan secara percuma bagi pelanggan PlayStation Plus. Untuk harga RM63.75, ia tetap berbaloi dibeli kerana anda akan dapat tiga judul permainan video iaitu BioShock, BioShock 2, dan BioShock Infinite.

 

 

10. Dragon’s Crown Pro

Harga jualan: RM69.20

Harga biasa: RM173.00

Dragon’s Crown Pro merupakan versi remastered Dragon’s Crown yang dilancarkan untuk PS4. Ia pada asalnya dilancarkan untuk PlayStation 3 (PS3) pada tahun 2013. Cara permainan multi-pemain bersama tiga orang rakan-rakan membuatkan judul ini sebuah pengalaman RPG yang sangat menyeronokkan.

RELATED NEWS

+