Jualan promosi PlayStation sempena Ramadan dan Aidilfitri kini bermula

Sony Interactive Entertainment Singapura (SIES) hari ini mengumumkan kempen “Ramadan Deals” 2021 yang mana mereka menyediakan PlayStation, aksesori dan permainan video dengan harga istimewa bagi musim Ramadan dan Hari Raya ini.

Selain itu, terdapat tawaran langganan 12 bulan di PlayStation Store bermula 5 Mei ini. Banyak judul permainan dijual dengan harga lebih murah di PS Store.

Dari 28 April (hari ini) hingga 12 Mei (Rabu), anda boleh membeli produk PlayStation ini dari kedai rasmi PlayStation dengan harga menarik:

  • PlayStation VR, pada harga RM979
  • DUALSHOCK  4 (hanya warna terpilih), pada harga RM179
  • Ghost of Tsushima (versi fizikal), pada harga RM169
  • Crash Bandicoot™ 4: It’s About Time (versi fizikal), pada harga RM169
  • The Last of Us™ Part II (versi fizikal), pada harga RM129
  • Final Fantasy VII Remake (versi fizikal), pada harga RM129
  • God of War™ PlayStation® Hits (versi fizikal), pada harga RM55
  • The Last of Us™ Remastered PlayStation® Hits (versi fizikal), pada harga RM55
  • UNCHARTED 4: A Thief’s End™ PlayStation® Hits (versi fizikal), pada harga RM55
  • Horizon Zero Dawn™: Complete Edition PlayStation® Hits (versi fizikal), pada harga RM55
  • Ratchet & Clank™ PlayStation® Hits (versi fizikal), pada harga RM55

Di PlayStation Store juga, banyak permainan video dijual dengan harga istimewa sehingga 80% termasuklah Ghost of Tsushima, FIFA 21 Edisi Standard PS4 & PS5 serta GTA V: Edisi Premium.

Bagi langganan PS Plus pula, anda boleh dapatkan dengan harga RM127 saja untuk 12 bulan. 

RELATED NEWS

+