Juruanimasi Malaysia raih lebih 10 juta tontonan daripada siri video Among Us RTX On

Among Us kini telah menjadi salah satu fenomena terbaru dalam industri permainan video dan terdapat ramai pemain di Malaysia yang menggunakan permainan ini untuk berseronok di dalam rumah ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Salah satu siaran YouTube yang mengeluarkan video lucu berkaitan dengan permainan tersebut ialah AAC Dream. Siaran YouTube tersebut kini telah meraih lebih daripada 10.6 juta tontonan di YouTube hasil daripada siri video Among Us RTX On.

Afiq Aiman, seorang penuntut jurusan animasi Fakulti Filem, Teater, dan Animasi (FitA) UiTM, merupakan juruanimasi di sebalik video-video tersebut. Selain daripada siri video Among Us RTX On, beliau juga menghasilkan video animasi yang berkaitan dengan Minecraft, BoBoiBoy, dan Upin & Ipin.

AAC Dream kini mempunyai lebih daripada 1.3 juta pelanggan dan beberapa bulan yang lalu, Afiq telah menerima anugerah Golden Play Button daripada YouTube. Anugerah tersebut diberikan kepada mereka yang berjaya mendapatkan sejuta pelanggan.

Untuk menonton video-video yang dihasilkan oleh Afiq, pastikan anda melayari dan melanggani siaran YouTube AAC Dream.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+