Jurulatih RRQ Hoshi, Jamesss umum tak lagi bersama organisasi

RRQ Hoshi semalam, kehilangan jurulatih berkaliber, Jamesss Chen selepas tamat saja kejohanan dunia, M2.

Dalam satu video di Youtube menceriitakan perihal Jamess yang sudah bantu RRQ Hoshi mendapatkan gelaran juara dalam MPL ID musim kelima, keenam dan MPLI musim pertama.

Disebabkan M2 tak memberikan satu kejayaan kepada pasukan Indonesia tersebut, Jamesss ambil keputusan mengundur diri.

Antara kata-katanya ialah “saya sudah maklumkan untuk mengundur diri. Bukan sebab tak ingin jadi jurulatih anda semua (RRQ) lagi. Saya dah buat yang terbaik.

“Saya rasa ada jurulatih lebih hebat untuk anda semua. Saya sangat menghargai dan berterima kasih atas peluang ini,” katanya.

Jamesss juga mengharapkan pemain RRQ Hoshi tak berduka dan terus kuat. Mereka sudah beberapa musim bersama mencapai kejayaan pada tahun lalu.

Mungkin ini adalah petanda RRQ perlukan jurulatih baru juga.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+