Kafe Sementara Bertemakan Capcom X Street Fighter Dibuka Di Jepun

Pada 14 Februari 2020, Capcom melancarkan permainan perlawanan terbaru mereka iaitu Street Fighter V: Champion Edition untuk PlayStation 4 (PS4) dan juga PC.

Salah satu usaha mereka untuk mempromosikan permainan tersebut ialah dengan membuka sebuah kafe sementara di Jepun.

Kafe tersebut dinamakan Capcom Cafe X Street Fighter V: Champion Edition Collaboration Cafe. Ia akan dibuka dari 20 Februari sehingga 25 Mac 2020 di Lake Town Store, Koshigaya City.

Berikut adalah antara hidangan menarik yang boleh dibeli pengunjung:

  • Giles’ American Hard-Boiled Burger w/ Fries and Onion Rings – ¥1580 + cukai (RM59)
  • Blanka-chan’s “Numbing” Omurice – ¥1580 + cukai (RM59)
  • Sakura’s Handmade Bento – ¥1380 + cukai (RM52)
  • Cody’s Creamy Punisher Parfait – ¥1180 + cukai (RM44)
  • Ryu’s Drink – ¥880 + cukai (RM33)
  • Chun Li’s Drink – ¥880 + cukai (RM33)
  • Dhalsim’s Fire Yoga Curry and Stretchy Cheese Dip – ¥1580 + cukai (RM59)
  • Chun-Li’s Heartwarming Crepes – ¥1180 + cukai (RM44)

Selain daripada menikmati hidangan di kafe ini, pengunjung juga berpeluang membawa balik alas makanan (lunch mat) yang dicorakkan dengan watak-watak Street Fighter.

Pengunjung yang memesan minuman akan membawa pulang satu lapik gelas (coaster) yang dipilih secara rawak daripada 10 rekaan berbeza.

Lunch mat

Lapik gelas (coaster)

Menu hidangan dan minuman kafe ini sangat menarik dan alas makanan itu sangat comel. Malang sungguh nasib peminat Street Fighter yang tidak menetap di Jepun!

Sumber: Siliconera

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+