Kartun Overwatch Dan Anime Diablo Sedang Dihasilkan Untuk Netflix

Syarikat Activision Blizzard terkenal dengan beberapa judul permainan yang popular seperti Overwatch, Diablo, dan Warcraft.

Nampaknya, mereka tengah mengusahakan sebuah siri anime Diablo dan siri kartun Overwatch untuk platform Netflix. Walaubagaimanapun, kedua-duanya masih jauh daripada tarikh pelancaran.

Maklumat ini bersumber daripada profil LinkedIn Nick van Dyk, Presiden Bersama Activision Blizzard Studios.

Beliau menyatakan sebuah anime Diablo kini dalam fasa pra-produksi dan akan dilancarkan secara global melalui Netflix.

Lagi menarik apabila beliau juga menyatakan beliau telahpun membangunkan sebuah kartun Overwatch dan menjualnya. Kepada siapa beliau menjualnya? Malangnya, butiran itu tidak didedahkan.

Sekuel terbaru untuk kedua-dua francais permainan ini iaitu Overwatch 2 dan Diablo IV masih sedang dibangunkan.

Overwatch 2 dianggarkan akan dilancarkan pada tahun ini tetapi Diablo IV kemungkinan besar akan dilancarkan pada tahun depan.

Ini bermaksud kedua-dua siri animasi yang diceritakan di atas akan dilancarkan selepas tibanya permainan terbaru untuk Overwatch dan Diablo.

Sumber: Gamespot

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+