Kejohanan PUBG Mobile OPPO Gaming Tournament diumumkan, hadiah terkumpul bernilai RM25,000

Hari ini, OPPO telah mengumumkan kejohanan e-sukan pertama yang dianjurkan oleh mereka iaitu OPPO Gaming Tournament. Ia merupakan sebuah kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile.

Musim pertama OPPO Gaming Tournament ini akan berlangsung dari 6 Julai sehingga 12 Julai tahun ini secara dalam talian. Kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama Esports Players League (ESPL) dan Digi Telecommunications.

Hadiah terkumpul kejohanan ini berjumlah RM25,000 dan dipecahkan kepada:

  • Tempat Pertama: RM4,000 dan 4x OPPO Reno3 Pro
  • Tempat Kedua: RM2,000 dan 4x OPPO A92
  • Tempat Ketiga: RM1,000 dan 4x OPPO Enco W31
  • Tempat Ke-empat: RM1,000
  • Tempat Ke-lima sehingga ke-lapan: RM500

Kejohanan ini dipecahkan kepada empat pusingan iaitu Kelayakan, Suku Akhir, Separuh Akhir, dan Grand Final. Sebanyak 512 pasukan PUBG Mobile akan dipilih untuk pusingan kelayakan dan hanya 16 pasukan akan layak ke Grand Final.

Berikut adalah jadual kejohanan ini:

  • Pusingan Kelayakan: 6 – 8 Julai
  • Suku Akhir: 9 Julai
  • Separuh Akhir: 11 Julai
  • Grand Final: 12 Julai

Pendaftaran dibuka bermula hari ini dan akan ditutup pada 2 Julai. Anda boleh mendaftarkan pasukan anda melalui laman web ESPL. Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, anda boleh melayari laman web rasmi OPPO.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+