Kejohanan Razer Southeast Asian Invitational diumumkan – PUBG Mobile, Dota 2 dan Mobile Legends

Wabak COVID-19 nyata tidak menghentikan semangat kesukanan dalam e-sukan apabila jumlah tontonan untuk kejohanan e-sukan bertambah. Dengan itu, Razer mengumumkan kejohanan Razer Southeast Asian Invitational 2020 buat pertama kalinya.

Ia bertujuan untuk mempersiapkan atlet e-sukan bagi menghadapi Sukan SEA di Vietnam yang akan berlangsung pada tahun depan.

Difahamkan, kejohanan dalam talian ini akan bermula pada 22 Jun ini dan berakhir dengan grand finals pada 3 hingga 5 Julai 2020.

Terdapat tiga permainan dipertandingkan:

  • PUBG Mobile
  • Dota 2
  • Mobile Legends

Segala penstriman langsung dan kemaskini perlawanan boleh ditonton di saluran Youtube mereka, Team Razer. Selain itu, ia juga boleh ditonton di Facebook dan Twitch.

SEA Invitational ini juga disokong oleh beberapa persatuan e-sukan di rantau Asia Tenggara dan menyertakan penyertaan dari 10 negara iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Berbeza dengan kejohanan lain, SEA Invitational hanya terbuka kepada atlet e-sukan yang perlu berdaftar dengan persatuan e-sukan masing-masing. Mereka akan memilih atlet yang layak menerusi beberapa kelayakan dari Mei hingga Jun.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di Facebook Esports Malaysia. Bagi info lanjut, boleh layari www.razer.com/sea-invitational.

RELATED NEWS

+