Keluaran kedua PS5 di Malaysia boleh dipra-tempah bermula esok pagi

Sony Malaysia telah mengumumkan bahawa stok baharu konsol PlayStation 5 (PS5) boleh dipra-tempah esok (8 Januari 2021). Pra-tempah hanya boleh dibuat di dua cawangan Sony Store iaitu di KLCC dan The Curve bermula pada jam 8 pagi.

Seperti biasa, jumlah stok amat terhad. Oleh itu, pastikan anda hadir di salah satu cawangan Sony Store yang dinyatakan di atas untuk membeli konsol PS5. PS5 Digital Edition dijual pada harga RM1,869 dan versi biasa pula dijual pada harga RM2,299.

Ini ialah satu berita baik untuk para peminat PlayStation yang menetap di Lembah Klang. Walaubagaimanapun, penulis agak risau tentang masalah penularan COVID-19. Pada hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan jumlah kes tertinggi iaitu 3,027 kes.

Jika anda merancang untuk mendapatkan PS5 esok, pastikan anda mengikuti semua langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan Sony.

Sumber: Facebook Sony Malaysia

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+