Kemaskini 1.05 Ghost of Tsushima memperkenalkan tahap kesusahan “Lethal”

Sucker Punch Productions telah mengeluarkan kemaskini versi 1.05 untuk Ghost of Tsushima. Ia memperkenalkan beberapa penambahbaikkan serta perkara baharu seperti tahap kesusahan “Lethal”.

Dalam tahap kesusahan Lethal, senjata musuh-musuh menjadi lebih merbahaya tetapi senjata Jin juga menjadi lebih berkesan. Ini membuatkan permainan menjadi lebih berisiko tetapi musuh lebih mudah ditewaskan.

Selain itu, musuh-musuh akan menjadi lebih agresif dalam pertarungan dan mereka mampu mengesan Jin dengan lebih pantas apabila bermain secara menyelinap. Ruangan masa untuk menangkis dan mengelak serangan juga dipendekkan.

Beberapa penambahan kebolehcapaian juga diperkenalkan dalam kemaskini ini seperti tetapan teks lebih besar dan mod permainan Low Intensity yang akan memudahkan pelbagai aspek permainan Ghost of Tsushima.

Anda boleh membaca nota kemaskini penuh di laman web rasmi Sucker Punch.

RELATED NEWS

+