Kemaskini 7.2 PUBG PC memperkenalkan Ranked Mode dan kemunculan bot

Kemaskini 7.2 untuk PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) PC dilancarkan di pelayan ujian (test servers) pada minggu lepas dan kini ia telah dilancarkan sepenuhnya di pelayan tetap.

Antara penambahan terbesar kemaskini tersebut ialah Ranked Mode yang lebih kompetitif berbanding cara permainan kasual. Watak dikawal komputer atau bots juga telah dimasukkan tetapi hanya dalam mod permainan kasual.

Ranked Mode mempunyai beberapa perbezaan berbanding mod permainan lain. Ia hanya memuatkan 64 pemain dan tiada lagi kewujudan Red Zone.

Untuk membaca nota kemaskini penuh untuk kemaskini 7.2, anda boleh rujuk laman web rasmi PUBG.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+