Kemaskini musim panas seterusnya Animal Crossing: New Horizons tiba pada 30 Julai

Nintendo telah mengumumkan bahawa kemaskini musim panas seterusnya dalam Animal Crossing: New Horizons akan dilancarkan pada 30 Julai ini. Ia akan memperkenalkan perkara-perkara baharu seperti persembahan bunga api dan banyak lagi.

Dalam kemaskini ini, para pemain bukan sahaja boleh menonton persembahan bunga api yang menarik tetapi juga mencipta rekaan bunga api sendiri.

Pemain yang tidur di mana-mana katil dalam rumah sendiri juga akan dibawa ke alam mimpi di mana mereka akan bertemu dengan Luna. Watak tersebut membolehkan anda boleh kunjung pulau pemain dan pemain lain juga boleh mengunjung pulau anda.

Di alam mimpi, semua perkara hanya sementara oleh itu jika pemain melakukan apa-apa di sebuah pulau, ia tidak akan meninggalkan kesan yang kekal di pulau sebenar.

Perkara terakhir yang diperkenalkan dalam kemaskini ini ialah perkhidmatan backup dan pemulihan pulau. Dengan perkhidmatan ini, para pemain boleh mendapatkan semula pulau mereka jika terdapat apa-apa kerosakan berlaku pada konsol Nintendo Switch mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kemaskini ini, anda boleh melayari laman web rasmi Animal Crossing: New Horizons.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+