Kemaskini terbaru Genshin Impact membuatkan pemain kurang berpuas hati

Genshin Impact adalah permainan konsol dan mudah alih yang bergenre pengembaraan aksi di mana anda boleh mengumpul karakter-karakter berlawan dalam dunia diinspirasikan daripada anime.

Terbaru, pembangun, miHoYo mengeluarkan satu ciapan yang perlawanan bersama ketua, Childe bagi tugasan Archon akan menjadi lebih mudah. 

Bagaimanapun dalam ciapan tersebut tidak menyatakan jika terdapat kemaskini terhadap pepijat ataupun penambahbaikan lain. Ada juga pemain yang kurang berpuas hati kerana perlawanan bersama Childe dianggap aspek paling sukar dalam permainan dan seharusnya kekal menjadi satu cabaran.

Pengguna Twitter @DrunkenStallion kurang berpuas hati kerana dirasakan tidak berbaloi mengumpul kelengkapan hanya untuk menamatkan tugasan dengan mudah. Dia juga hairan kenapa tumpuan tidak diberikan kepada Dvalin yang mana perlawanannya mengandungi pepijat dan sukar ditewaskan kerana pepijat tersebut.

MiHoYo tidak memberi maklum balas bagaimana nerf pada Childe diberikan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+